Kuasa dan kebolehan Nnoitra_Jiruga

Zanpakutō Nnoitra.

Nnoitra ialah Quinto Espada, iaitu arrancar kelima terkuat di bawah pimpinan Aizen. Meskipun kelihatan kurus dan lembik, Nnoitra sebenarnya agak kuat, sehingga mampu menahan serangan penuh daripada lengan Chad tanpa sebarang tanda-tanda kecederaan, selain mampu menembusi lengan perisai Chad dalam satu hayunan pedangnya.[7] Dia juga menembak tembakan cero daripada hujung lidahnya dan bukan menggunakan tangan atau mulutnya seperti arrancar yang lain. Semasa bertarung dengannya, Ichigo berkata bahawa Nnoitra mempunyai kekuatan fizikal yang bertentangan dengan rupanya yang lemah dan tidak serasi dengan kebolehannya. Disebabkan kedudukannya iaitu sebagai Espada ke-5, Nnoitra bukanlah yang terhandal, meskipun perbualannya dengan arrancar Tesla menunjukkan bahawa dia menganggap bahawa dirinya yang paling handal dan sentiasa ingin membuktikannya.

Santa Teresa

Zanpakutō Nnoitra digelar Santa Teresa (聖哭螳螂, istilah biasa bahasa Sepanyol untuk "Mantis religiosa," bahasa Jepun untuk "belalang kacung suci menangis") dan berbentuk seperti sebilah sabit atau sejenis senjata berbentuk kapak dengan sepasang bilah berbentuk bulan sabit yang bercantum antara satu sama lain di bahagian belakang. Dengan menggunakan rantai yang bersambung di bahagian hulunya Nnoitra mampu melakukan serangan jarak jauh.[8] Dalam imbasan kembali kepada pertarungannya dengan Nel, zanpakutō Nnoitra hanya mempunyai sebelah sahaja bilah sabitnya, manakala dalam pertarungannya kini dia mempunyai sepasang bilah sabit yang sama.[9] Apabila dilepaskan, Nnoitra menumbuhkan dua lagi tangan yang disusun secara mendatar pada bahunya. Bilah zanpakutō Nnoitra juga berubah bentuk, menjadi lebih seperti kaki-kaki sabit seekor mentadak, dan berpisah kepada empat buah bilah yang serupa untuk setiap satu tangannya. Topeng hollow Nnoitra juga berubah, kelihatan koyak sedikit dan mempunyai gigi-gigi tajam. Dia juga menumbuhkan sepasang tanduk yang berbeza panjangnya, di mana satu daripadanya lebih panjang dan melengkung seperti bulan sabit. Lepasan Nnoitra diaktifkan dengan arahan "berdoa" (祈れ, inore).